Resipi Sotong Kandar Sedapppp!
Bahan-bahan :
1. Sotong - 5 ekor sederhana besar (potong bulat)
2. Bawang besar - 3 biji (potong dadu)
3. Bawang putih - 2 ulas (hiris)
4. Halia - 1inchi (hiris)
5. Tomato - 1 biji (potong dadu)
6. Rempah kari sotong/udang - 2sudu besar membukit.
7. Bunga lawang - patahkan dan ambil dua kelopak sahaja.
8. Cili kering blend - 4 sudu besar
9. Serbuk kunyit
10. Daun kari - 1 tangkai
11. Kicap manis
12. Garam
13. Asam jawa - 1/2 sudu kecil (saya guna asam jawa adabi)
Cara-cara:
- Gaulkan sotong yang telah dipotong bulat denga sedikit serbuk kunyit dan garam.
- Panaskan minyak dalam 3 senduk sup. selepas minyak panas, goreng sotong tadi sekejap je.
- Tunggu minyak goreng sotong tadi kering sedikit (sebab goreng sotong akan keluarkan air).
- Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan bunga lawang hinggan naik bau.
- Masukkan cili kering blend dan serbuk kari, masak sehingga naik minyak/cili dan rempah garing.
- Masukkan kicap manis dua sudu besar dan tomato yang telah dipotong dadu.
- Gaulkan dan masukkan sedikit air asam jawa supaya kuah tadi tak hangit.
- Biarkan sehingga tomato masak dan kuah agak pekat.. Kemudian masukkan sotong yang telah digoreng tadi, gaul sebati.
- Tutup api dan siapppp!!
*Rasa sotong kandar ni kena ade pedas sikit, masam dan manis.. ☺️
Ps: Lauk ni sedap pekena dengan kari ikan, nasi panas-panas dan juga sayur kobis goreng style mamak.. memang terangkat habis! Kalau nak lagi sedap, tambah sambal belacan sekali.. 😁